LATAR BELAKANG SYARIKAT

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata dan Bersenjata Api tidak asing lagi dalam industri Keselamatan di Malaysia. Syarikat Afra Services Sdn Bhd (881616-V) ialah sebuah syarikat yang menjalankan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang telah diperbadankan pada 7hb Disember 2009. Syarikat ini diuruskan serta dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra iaitu Dato’ Roslan Bin Ahmad sebagai Pengerusi Syarikat dan Dato’ Seri Hj. Zakaria Bin Abdul Razak sebagai Pengarah Urusan.

Syarikat mempunyai Modal Dibenarkan dan Modal Berbayar sebanyak RM 5,000,000.00. Selain itu syarikat ini juga mempunyai kewangan yang kukuh bagi menampung projek-projek mega seperti Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dibawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Afra Services Sdn Bhd akan menjalankan perkhidmatan yang terbaik serta akan memuaskan perkhidmatan pelanggan. Pihak Syarikat  juga sentiasa menerima apa-apa cadangan dari pihak pelanggan demi memantapkan lagi mutu Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dilaksanakan. Kami mempunyai pihak pengurusan “Professional” yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada pihak pelanggan dengan kepakaran serta pengalaman yang ada dalam industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan.

OBJEKTIF

VISI

Visi Syarikat Afra Services Sdn. Bhd ialah menjadi salah satu Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang kukuh dan berdaya saing di mana kepercayaan dan keperimanusiaan menjadi perhatian utama kami. Perancangan jangka panjang syarikat adalah untuk menaiktaraf dan sekaligus mengembangkan syarikat ke puncak kejayaan. Dengan konsep dan matlamat yang jelas dan nyata, syarikat ini pasti akan terus unggul dan berdaya maju dalam menuju wawasan Negara.

MISI

Misi Syarikat adalah sebagai sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan, kami akan sentiasa memberi dan menambah mutu perkhidmatan memandangkan objektif utama kami adalah untuk memastikan harta benda dan diri sendiri dalam keadaan selamat.